ABOUT US


Magicalhoneymoon

Sebuah syarikat pelancongan di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan sepenuhnya khas kepada mereka yang inginkan percutian romantik atau lebih dikenali sebagai percutian bulan madu. Magicalhoneymoon telah dibina pada pertengahan tahun 2012. Kami Team Magicalhoneymoon menguruskan  pasangan yang pergi berbulan madu dipersekitaran Sabah sahaja lantaran kami baru menubuhkan perniagaan ini.

Diskripsi Magicalhoneymoon

“jodoh pertemuan di tangan tuhan. Tuhan merancang segalanya.” Begitulah ungkapan yang selalu kita dengar mengenai jodoh. Perkahwinan adalah sebuah hubungan yang sah di sisi undang- undang  yang disempurnakan melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama sebagai pasangan seksual dan serumah.  Untuk mengharungi kehidupan bersama, cinta perlu di semai dan dibajai agar ianya sentiasa subur dalam jiwa setiap pasangan yang sudah berkahwin. Lantaran itu, kami yakin dapat membantu setiap pasangan yang baru berkahwin untuk menambahkan lagi madu dan gula dalam perhubungan mereka melalui pakej berbulan madu yang telah kami sediakan. Kami yakin setiap pasangan yang menggunakan pakej kami tidak akan menyesal malah mereka akan menjadikan bulan madu mereka sebagai satu tugu peringatan di dalam memori yang tercipta. Oleh itu, dengan pakej yang ditawarkan kepada setiap pasangan akan membawa seribu makna di dalam perhubungan.

Penyediaan Untuk Pasangan Muslim

Setiap pakej yang kami tawarkan di blog ini adalah dengan termasuk penyediaan makanan halal untuk muslim. kami faham kepelbagaian kaum di sabah sangat merunsingkan golongan pasangan muslim untuk mencari sesuatu yang halal. 

Team Magicalhoneymoon

Muhammad Afandi Bin Zainol (206026)
  • Merupakan pemilik dan pengasas magicalhoneymoon.
  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari UUM Sintok, Kedah.
  • Bercita-cita untuk menjadi seorang perniagaan yang berjaya dan mempunyai idea untuk bermula dengan E-Commerce.
Nur Huda Binti Md Miskan (205917)

  • Merupakan pengurus pentadbiran magicalhoneymoon.
  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari UUM Sintok, Kedah.
  • Berminat dalam bidang pelancongan dan mempunyai idea yang kreatif untuk menarik pelanggan mengikuti pakej kami.
Nurul Husna Binti Harun (205894)

  • Merupakan pengurus pemasaran magicalhoneymoon.
  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari UUM Sintok, Kedah.
  • Berminat dalam meng'edit' gambar dan membuat video. Minat ini mendorong kami untuk memberikan cenderahati kepada semua pelanggan kami yang menggunakan khidmat kami.

Zarifah Bunti Harun   (208565)



  • Merupakan pengurus sumber manusia magicalhoneymoon.
  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari UUM Sintok, Kedah.
  • Berminat dalam aktiviti luar. Dengan ini mendorong kami untuk berkongsi tempat -tempat yang menarik dengan pasangan yang baru berkahwin.

Noor Husnaini Binti Hassan Fikri (208551 )

  • Merupakan pengurus  kewangan magicalhoneymoon.
  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari UUM Sintok, Kedah.
  • Mempunyai pengalaman dalam perakaunan.Secara langsung dapat melancarkan urusan yang melibatkan kewangan di magicalhoneymoon.



No comments:

Post a Comment